Pencuci Pakaian


1) Fresh Laundry Concentrate (2.49kg)

Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih


Anda dapat bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.

Tahukah Anda?

Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.

Keunikan Shaklee

Selamat
Hipoalergenik
Tanpa klorin
Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
Tiada bahan kimia berbahaya

Berkesan
Berkepekatan tinggi
Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri

Mesra Alam
Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
Surfaktan mudah biorosot
Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
Bungkusan yang boleh dikitar semula
Tanpa bahan pewarna
Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Soft Fabric Concentrate
Melembutkan Pakaian
Kod Produk:00307 (946ml)


Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.
Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan

Keunikan Shaklee

Selamat
Tidak toksik
Tiada gas beracun
Tiada bahan kimia berbahaya
Tanpa pewangi
Lembut pada tangan anda
pH seimbang
Tanpa klorin

Berkesan
Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen
Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal
Basic H (hanya gunakan separuhsahaja)

Mesra Alam
Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
Mudah biorosot
Tanpa fosfat
Bungkusan yang boleh dikitar semula
Tanpa bahan pewarna
Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Petua Berguna
Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembutberbanding sebelumnya.
Perbandingan prestasi ini dijalankan pada 20 Jun 2006, dan keputusannya sah hanya untuk produk tertentu yang dipasarkan ketika itu. Semua tanda dagangan adalah hak proprietari pemilik masing-masing.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top